DRINK A LOT OF WATER
So saya nak cerita topik yang typical which is DRINK PLAIN WATER.
Okay , saya seorang yang tak ada laa kurang sangat minum and tak ada laa minum plain water banyak sangat sebelum ni. Sebab bila minum air tersangat laa malas asyik nak kencing je. Leceh ! Malas nak pergi tandas. So yahhh thats the main reason laa why i malas nk minum air byk.
But then selepas berfikir and baca banyak orang kata minum plain water a lot will give you bombastic effect. Kena minum sehari at least 3L. Jadinya saya pun paksa diri minum walaupun kerap betul keluar masuk tandas dekat office tu. Takpe ! demi mendapatkan kulit yang sihat gitteewww. Dalam masa 3 hari je ehh ! Consistent minum air banyak at least 3L muka kurang berminyak. Serious ! Kalau tak dah boleh masak telur ke apa dah atas muka. Kurang minyak okayyy ! Siapa yang xnk kan muka tak berminyak. Start dari tu makin membuak laa semangat kerap minum air masak. Memang kulit nampak berseri ! Anjal and tak berminyak. Xde nampak kusam. Seriously.
Jadi try laa ya ladies semua dekat luar tu. Kita pakai produk itu ini untuk luaran its okay tapi jangan lupa juga dalaman kita need something. Minum air plain xhabis duit sampai berpuluh pun. Keluar masuk tandas tu biar laaa , nanti lama lama kita akan used to. Beauty is pain guysss. Hahaha, akhir kata. Maju lahh plain water untuk anak bangsa.
SAJ , SPRITZER , CACTUS DAN SEBAGAINYA BOLEH LAA AMBIL SAYA JADI DUTA.
Comments
Post a Comment